IPOH - Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut pada Isnin direman selama enam hari.
Perintah reman terhadap wanita berusia 27 tahun dan suaminya berusia 66 tahun itu bermula Selasa hingga Ahad depan dikeluarkan oleh Majistret S Punitha di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa.
Prosiding reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.
Sinar Harian melaporkan pasangan terbabit ditangkap di sebuah rumah di Taman Malcop, Silibin di sini berikutan kematian anak angkat mereka yang mempunyai kesan lebam di seluruh anggota badan disyaki dipukul dengan objek tumpul.
Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul selain terdapat kesan luka koyak dan lebam pada vagina dan dubur mangsa.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!