Polis Perlis pantau sempadan elak penyeludupan diesel

Iklan
Polis Perlis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan sempadan negara dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak diesel. Gambar kecil: Muhammad

KANGAR - Polis Perlis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan sempadan negara dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak diesel yang dipercayai akan terus berlaku meskipun selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula Isnin.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya percaya penyeludup mungkin akan menyeludup minyak itu dengan kuantiti yang lebih banyak untuk mendapatkan keuntungan memandangkan harga diesel di negara ini masih tidak jauh berbeza sebelum dan selepas penyasaran subsidi itu.

Iklan
Iklan

"Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa menyokong dasar kerajaan mengenai harga diesel bagi meneruskan kelancaran ekonomi negara... kita sedia bekerjasama dengan agensi berwajib bagi memantau kawasan sempadan di Perlis ini termasuk jalan darat dan laut.

"Kita sedia beri bantuan sokongan kepada agensi berwajib dalam membendung kegiatan penyeludupan minyak ke negara jiran," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) di sini pada Selasa.

Iklan

Muhammad berkata, modus operandi penyeludup diesel dipercayai masih sama iaitu melalui laluan darat dan laut.

Sementara itu, sebanyak 84 orang hadir menerima pingat berkenaan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!