HULU LANGAT - Seorang lelaki warga Bangladesh melecur dalam kebakaran sebuah kilang besi di Jalan Hulu Langat, Batu 14, di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an itu melecur pada bahunya.
"Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hafisham berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.12 pagi sebelum sepasukan 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Pandan dan Ampang bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, kilang tersebut terbakar 80 peratus.
"Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal pada jam 4.19 pagi," katanya.