Pameran Hang Tuah

Iklan
Pameran Hang Tuah mengetengahkan kira-kira 20 artifak dan 20 manuskrip dipercayai mempunyai kaitan dengan pahlawan melayu dan zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Galeri mengenai Hang Tuah dibahagikan kepada beberapa seksyen termasuk berkaitan asal usul dan riwayat hidup, karakter atau ciri-ciri khas Hang Tuah, filem berkisar tentang Hang Tuah dan manuskrip hikayat Hang Tuah dalam pelbagai bahasa.

Pameran yang bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah bermula semalam sehingga 7 Julai ini.

Waktu operasi adalah bermula pada jam 10 pagi hingga enam petang bagi Isnin hingga Khamis manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dilanjutkan sehingga jam 10 malam dengan bayaran antara RM5 sehingga RM110.