Isu Covid-19, orang ramai khuatir ambil vaksin denggi

Iklan
Zulkifli (dua dari kiri) ketika hadir ke majlis pelancaran Vaksin Denggi Qdenga di sebuah hotel, Petaling Jaya pada Selasa.

SHAH ALAM - Isu vaksin Covid-19 dipercayai menjadi punca orang ramai rasa takut untuk mengambil vaksin denggi.

Pengerusi Dengue Prevention Advocacy Malaysia (DPAM), Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata, mereka perlu tahu pembuatan kedua-dua vaksin tersebut adalah berbeza.

Iklan
Iklan

"Saya tahu orang ramai takut vaksin sebab isu Covid-19, kalau tidak mahu ambil terpulang kerana pilihan masing-masing. Tidak perlu diwajibkan tetapi kewajaran itu ada sebab kita berada di kawasan denggi.

"Pembuatan vaksin denggi lebih kurang sama dengan vaksin influenza. Influenza bertahun-tahun ada di pasaran, jadi keselamatan tiada isu seperti vaksin Covid-19," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis pelancaran Vaksin Denggi Qdenga di sebuah hotel, Petaling Jaya pada Selasa.

Tambah beliau, buat masa sekarang ia tidak mustahak seperti MMR yang melindungi tubuh daripada tiga jenis penyakit iaitu campak (measles), gondongan (mumps), dan rubella.

Iklan

Jelasnya, measles boleh berjangkit kepada orang lain tetapi denggi hanya disebabkan gigitan nyamuk.

"Demam denggi ini sangat bahaya kerana ia boleh memberi kesan teruk kepada individu berkenaan seperti berisiko mengalami kegagalan organ badan sehingga menyebabkan kematian jika tidak dirawat," ujarnya.

Menurut Zulkifli, pihaknya menyasarkan pengurangan kes demam denggi sebanyak lima peratus setiap tahun namun masih belum berjaya malah semakin meningkat.

"Perkara tersebut sangat membimbangkan. Jadi bagaimana mahu kawal nyamuk Aedes, satu dengan pelepasan nyamuk Aedes Wolbachia dan yang kedua mengadakan gotong-royong bagi memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih serta tiada tempat pembiakan nyamuk.

"Jangan ingat apabila ada vaksin, kita fikir tidak mengapa sampah sana sini tanpa perlu buat apa-apa. Nak kawal denggi bukan dengan vaksin semata-mata, semua kena bagi kerjasama,"jelasnya.

.......