Subsidi diesel: Pastikan harga pasaran adil

Iklan
Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali

BANGI - Kerajaan harus menjelaskan perancangan dan hala tuju di sebalik penarikan subsidi bahan api agar ia mudah difahami dan diterima oleh rakyat.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA- UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, jika rancangannya untuk memastikan ekonomi bergerak dengan baik, hala tujunya mestilah untuk mencapai harga yang adil.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sekiranya matlamat penarikan subsidi difahami, semua pihak boleh memainkan peranan dengan efektif yang akhirnya akan mewujudkan harga adil kepada penjual dan pembeli.

"Sudah tentu kena ada keberanian politik untuk melaksanakannya. Ada beberapa keputusan yang boleh kerajaan buat, contohnya kekalkan kawalan terhadap subsidi kesihatan dan pendidikan.

Iklan

"Memang kita akui kos bahan api memang membebankan rakyat, tapi kena ingat, beban fiskal bukan kerajaan sahaja yang sakit, tapi kesannya pembangunan tidak dapat dibuat," katanya.

Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz turut berkenan hadir Syarahan Perdana Profesor yang berlangsung di UKM, Bangi pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Syarahan Perdana Profesor yang berlangsung di UKM di sini pada Selasa.

Iklan

Program itu turut dihadiri Pro-Canselor UKM, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Tambah Noor Azlan, isu subsidi bahan api bukanlah sesuatu yang baharu, malah sudah dibincangkan pada tahun 2008 sewaktu beliau menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Saya masih ingat lagi ada satu ketika, harga minyak melonjak kepada AS$140/tong (RM660.77), paling tinggi pernah dicapai.

"Kita melihat bagaimana cara untuk bergerak kepada harga yang lebih bersifat pasaran dan dalam masa yang sama, mengurangkan atau tidak menjadi beban kepada kerajaan,” jelasnya.

Kerajaan menetapkan harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, kenaikan sebanyak RM1.20 dari RM2.15, bermula Isnin.

Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kenaikan tersebut selaras dengan pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api berkenaan.

Penetapan dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!