Padah hina Nabi Muhammad, pelawak Indonesia dipenjara tujuh bulan

Iklan
Aulia melakukan perbuatan itu ketika komedi berdiri di sebuah kafe di ibu kota Bandar Lampung pada Disember lalu. Foto Agensi

BANDAR LAMPUNG - Seorang pelawak di Indonesia dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan kerana menghina agama Islam selepas membuat jenaka tentang nama Nabi Muhammad SAW.

Jurucakap pejabat pendakwa raya Lampung, Ricky Ramadhan memaklumkan, Aulia Rakhman dari provinsi Lampung, Pulau Sumatera disabit bersalah kerana menyebarkan kebencian melalui komedi berdiri di sebuah kafe di ibu kota Bandar Lampung pada Disember lalu.

Iklan
Iklan

Aulia dengan biadab mempersenda nama Rasulullah digunakan kebanyakan lelaki Muslim yang didakwa kononnya hilang konotasi positif kerana tingkah laku buruk sesetengah individu.

Tertuduh didapati bersalah pada minggu lalu sebelum hukuman diputuskan ke atasnya pada Selasa.

Iklan

"Defendan mengaku bersalah dan kesal atas perbuatannya yang menyinggung perasaan masyarakat,” jelas Ricky.

Pada 2022, seramai enam individu juga pernah didakwa menghina agama kerana mengadakan promosi minuman alkohol percuma kepada pelanggan yang bernama Muhammad. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!