PM hulur sumbangan kepada Azlee Senario

Iklan
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Azlee kediamannya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi anggota kumpulan Senario itu di kediamannya pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, beliau menerima rawatan di Institut Jantung Negara selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.

"Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya.

Iklan

Perdana Menteri turut mendoakan agar Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!