102 individu dicekup dalam Op Dadu Khas

Iklan
Sebahagian mereka yang ditahan dalam serbuan berkenaan. - Foto: IPK Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 102 individu ditahan atas pelbagai kesalahan hasil serbuan serentak dalam Op Dadu Khas di seluruh negeri mulai Sabtu hingga Isnin.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, penahanan berkenaan melibatkan 90 lelaki dan 12 wanita berusia antara 18 hingga 67 tahun membabitkan 91 warga tempatan manakala 11 lagi adalah warga asing.

Iklan
Iklan

"Secara keseluruhannya, Op Dadu Khas ini telah dilancarkan secara serentak di seluruh kontinjen Johor dengan memberikan fokus kepada tindakan pembanterasan kegiatan judi dalam talian (JOL), loteri awam tanpa lesen (ENE) dan lain-lain aktiviti perjudian.

"Sebanyak 87 serbuan dibuat melibatkan 15 pegawai kanan polis dan 96 pegawai rendah polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor.

Iklan

"Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM15,195 serta pelbagai perkakasan perjudian berupa 94 unit telefon bimbit, mobile printer (39 unit), kertas catatan (155 helai), daun terup (104 keping), meja, kerusi, pen dan modem wifi turut dirampas untuk siasatan,” katanya.

Menurutnya, reman akan dipohon terhadap kesemua 91 warga tempatan yang ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah manakala 11 warga asing direman di bawah Akta Imigresen1959/63.

Iklan

Mulai 10 Jun 2023 hingga 1 Januari 2024, JSJ Kontinjen Johor telah berjaya melakukan 1,168 serbuan Op Dadu melibatkan 1,594 tangkapan atas pelbagai kesalahan perjudian.

Serbuan turut melibatkan rampasan 1,179 unit telefon bimbit, unit mobile printer (507), kertas catatan (996 helai) dan daun terup (104 keping), mesin perjudian (tiga), meja, kerusi, pen dan modem wifi dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM460,855.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!