MOSCOW - Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan sembilan penumpang lain disahkan terkorban selepas pesawat yang dinaiki mereka dipercayai terhempas, Sputnik memetik laporan portal berita MBC Digital pada Selasa yang memetik kenyataan presiden negara, Lazarus Chakwera.
Pesawat Angkatan Pertahanan Malawi dilapor gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu akibat cuaca buruk dan juruterbang dinasihatkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kamuzu di Lilongwe sebelum pesawat itu hilang dari radar sekitar jam 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) Isnin.