KLANG - Seorang wanita warga emas cedera hingga dikejarkan ke hospital selepas dibelasah anaknya yang meminta wang RM10 untuk membeli dadah.
Dalam kejadian di kediaman mereka di Bandar Bukit Tinggi di sini, Ahad lalu lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan berang kerana ibunya tidak memberikan wang yang dimintanya.