Indonesia mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026

Iklan
Haye (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak jaringan pertama Indonesia ketika berdepan Filipina di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Foto AFP

INDONESIA mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 selepas menjinakkan Filipina, 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Selasa.

Tiga mata diraih skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong itu juga membolehkan yang kini di tangga 134 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2027.

Iklan
Iklan

Skuad Garuda mengakhiri kempen di kedudukan kedua dengan 10 mata selaku naib juara dibelakang Iraq yang mengungguli kumpulan dengan 15 mata.

Sementara itu, kekalahan kelima Filipina kendalian Tom Saintfiet itu menyaksikan pasukan tersebut mengakhiri cabaran tangga tercorot dengan satu mata manakala Vietnam ketiga dengan enam mata.

Iklan

Gol skuad Garuda dalam perlawanan itu dijelmakan pemain kelahiran Belanda, Thom Haye pada minit ke-22 untuk memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua giliran bintang Persija Jakarta, Rizky Ridho menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi tandukan pada minit ke-56 untuk kedudukan 2-0.

Iklan

Sebagai rekod, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia dan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.

Dua pasukan terbawah pula perlu menempuh pusingan ketiga kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027 selepas ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!