SHAH ALAM - Penyediaan bahan tercemar dan membiarkan makanan terdedah dalam jangka masa lama adalah antara faktor risiko tinggi berlakunya keracunan hingga boleh membawa maut.
Pensyarah Kanan Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Redzwan Sabran berkata, pihak yang mengendali makanan seharusnya peka dengan keadaan tersebut.