Harga satu bahagian lembu naik RM100 tahun ini

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Muhd Nur Afiq

SHAH ALAM - Bilangan penyertaan ibadah korban pada tahun ini berkurang berbanding sebelum ini susulan kenaikan kadar bayaran sebanyak RM100 untuk satu bahagian lembu.

Imam 1 Masjid Al- Islah Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, Muhd Nur Afiq Che Mohd Nasir berkata, tahun lepas harga yang ditawarkan untuk satu bahagian ialah RM800 namun tahun ini meningkat kepada RM900.

Iklan
Iklan

"Sebab itu jumlah penyertaan korban kurang. Kalau ikutkan tahun lepas dalam tempoh dua minggu sebelum Hari Raya Aidiladha, kita sudah ada tempahan lebih tujuh ekor lembu namun kali ini baru lima ekor.

"Saya nampak penurunan itu mungkin disebabkan faktor ekonomi, kita tidak dapat bekalan pada harga seperti tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut beliau, kebiasaan terdapat peserta korban akan membuat pengesahan tempahan pada saat-saat akhir dalam tempoh seminggu sebelum Aidiladha atas beberapa sebab termasuk kewangan.

"Pada mulanya putus asa juga, saya fikir tahun ini tidak payah buat korban sebab tiada sambutan daripada orang ramai tetapi apabila masuk bulan Jun, semakin ramai malah ada satu keluarga hantar nama,” ujarnya.

Iklan

Mengenai penglibatan warga asing dalam ibadah korban di masjid berkenaan, beliau berkata, mereka biasanya akan mencari lembu sendiri dan pihak masjid hanya membantu dari segi penyembelihan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!