1 Rumah, 1 Jalur Gemilang, terjemah semangat patriotik

Iklan
Inisiatif ‘1 Rumah, 1 Jalur Gemilang’ amat bertepatan bagi menterjemahkan semangat patriotik dalam diri dan setiap ahli keluarga rakyat Malaysia.

SHAH ALAM - Sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024) yang akan disambut pada Ogos dan September depan, Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang mengajak orang ramai untuk bersama-sama mengibarkan bendera negara.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang amat bertepatan bagi menterjemahkan semangat patriotik dalam diri dan setiap ahli keluarga rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kibarkanlah Jalur Gemilang yang cukup sifatnya seperti tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh kerana bendera ialah gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab,” katanya pada Majlis Pengumuman Logo serta Tema HKHM 2024 di Putrajaya, baru-baru ini.

Sempena sambutan HKHM 2024, ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ yang telah dipilih sebagai tema sambutannya dan Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

Iklan

Menurut Fahmi, Malaysia Madani merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama manakala Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

"Pengumuman logo dan tema ini bagi memberi peluang kepada sektor korporat mahupun swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pelbagai pihak lain untuk bersama-sama kerajaan menyemarakkan sambutan HKHM melalui bahan cetakan tersendiri serta penganjuran program sempena HKHM 2024,” tambahnya.

Iklan

Ujarnya, kemeriahan sambutan HKHM 2024 telah dimulakan dengan penganjuran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 pada 19 Mei lalu di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

"Memenuhi takwim sambutan HKHM antaranya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada 13 Julai ini.

"Signifikan majlis pelancaran ini adalah bagi mengira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya. Seterusnya, momentum kemeriahan dan semangat patriotik akan terus disuburkan hingga sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah,” kata Fahmi.

Kemuncak sambutan HKHM 2024 ialah acara perbarisan dan perarakan yang akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula jam 7.40 pagi pada 31 Ogos depan.

Dianggarkan seramai 12,000 peserta akan mengambil bahagian dan melibatkan beberapa komponen persembahan.

Untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai, sebanyak 8,000 tempat duduk awam bertingkat disediakan, 7,652 tempat letak kereta awam, 50 bas, tujuh jeti water taxi, 40 trak makanan, 200 tandas awam dan 15 khemah pasukan perubatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!