SHAH ALAM - Pemintaan terhadap lembu korban di Selangor stabil ketika kebanyakan pembekal dan penternak lembu di beberapa negeri berhadapan masalah kurang menerima tempahan sempena Aidiladha.
Seorang pembekal lembu dari Banting, Roslinda Ariffin, 45, berkata, dia mampu menjual lebih 1,000 lembu bersaiz besar jenis Brahman sehingga Rabu minggu lalu.
Beliau berkata, baka lembu jenis itu mendapat permintaan tinggi untuk ibadah korban, namun tahun ini permintaan lembu baka tempatan jenis KK Cros yang saiznya lebih kecil kurang mendapat sambutan.
"Bukan sebab harga lembu itu naik, harga lembu untuk ibadah korban tahun ini masih sama seperti harga tahun lalu, jika ada pun kenaikan atau penurunan harga lembu korban mungkin berlaku di beberapa kawasan sahaja.
"Lembu lebih kecil yang berharga kira-kira RM4,000 seekor kurang sambutan apabila harga satu bahagian korban tahun ini mencecah RM850 ke atas dengan anggaran seekor lembu RM5,000 dan ke atas,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!