PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan ketika ia amat diperlukan untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Beliau bagaimanapun memuji kekuatan mental anak buahnya apabila berjaya bangkit menewaskan Taiwan 3-1.
Iklan
Iklan
"Kami turun dengan misi untuk menjaringkan banyak gol tetapi tidak berjaya. Terlalu banyak kesilapan teknikal yang menyakitkan pada separuh masa pertama dan entah bagaimana kami memberi mereka satu gol pendahuluan.
"Tetapi pada separuh masa kedua kami mengubah keputusan dan boleh katakan kekuatan mental skuad itu sangat positif,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Selasa.
Sementara itu, pengendali Taiwan Gary White menyifatkan kekalahan tersebut memberi pengajaran berguna buat pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain muda beraksi dalam perlawanan tersebut.
Malaysia kini berada di tempat ketiga, berkongsi 10 mata dengan Kyrgyzstan (kedua) dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol sementara Oman yang mendahului kumpulan dengan 12 mata sudah melayakkan diri lebih awal manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Kekalahan malam ini menyaksikan Taiwan di ranking dunia ke-159 terus kempunan menemui kemenangan pertama dalam kempen kali ini. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!