Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori

Iklan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW 3 Series dan lori di Kilometer 123.6 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Pagoh, pada malam Selasa. - Foto JBPM

PAGOH - Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW 3 Series dengan lori di Kilometer 123.6 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Pagoh dekat sini, pada malam Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II, Jefri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 malam.

Iklan
Iklan

"Terdapat empat orang yang menaiki BMW tersepit. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka yang tersepit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita disahkan maut di tempat kejadian.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka yang tersepit. Foto JBPM

Iklan

"Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita mengalami kecederaan parah serta dibawa ke hospital berhampiran," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, operasi tamat pada jam 9.59 malam.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!