KPDN teliti permohonan, rayuan berkaitan subsidi diesel

Iklan
Datuk Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan berkaitan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, permohonan dan rayuan itu diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

Iklan
Iklan

"Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ujar beliau, antara syor yang dikemukakan seperti mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS.

Selain itu, kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 akan ditingkatkan bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres.

Iklan

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula 10 Jun sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor berkata, untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.

Penyasaran itu hanya melibatkan Semenanjung dan tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!