Dua gol bukti ketajaman Ronaldo

Iklan
Ronaldo meraikan jaringannya ketika menentang Ireland. Foto EPA

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua ketika Portugal menewaskan Ireland 3-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir Euro 2024 pada awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-18 apabila Joao Felix meledak gol pertama skuad A Selecao itu berpunca sepakan sudut pendek dan dan empat minit kemudian Ronaldo hampir menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang terkena tiang.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 39 tahun itu akhirnya menemui jaringan pada babak kedua menerusi rembatan lencong kaki kirinya sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-60 sekali gus menghimpunkan 130 gol antarabangsa dalam 207 penampilan untuk negaranya.

Terdapat spekulasi bahawa Ronaldo, yang bermain di Euro pertamanya pada 2004 dan memenangi kejohanan itu pada 2016 mungkin akan bersara daripada pentas antarabangsa selepas kejohanan tahun ini di Jerman.

Iklan

Bagaimanapun, rakan sepasukannya Ruben Neves berkata, Ronaldo masih mempunyai peranan untuk dimainkan bersama pasukan kebangsaan.

"Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkan bagaimana rasanya bermain dengannya. Dua lagi gol hari ini, dia menamatkan aksi pemanas badan dengan sangat baik untuk Euro, jadi jangkaan saya terhadapnya sangat tinggi.

Iklan

"Kami tahu dia akan memberikan 200 peratus untuk membantu pasukan kebangsaan, dan kami mengharapkan dia untuk menjaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Portugal memulakan kempen Kumpulan F Euro 2024 menentang Republik Czech di Leipzig sebelum berdepan Turki dan Georgia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!