Semangat berpasukan teras kekuatan Sepanyol di Euro

Iklan
Pedri

PEMAIN tengah Sepanyol, Pedri menyifatkan teras kekuatan La Roja dalam kempen Euro 2024 adalah semangat kerja berpasukan bukannya peranan pemain individu mengetuai pasukan.

Pemenang tiga kali kejuaraan itu tidak memiliki barisan bintang hebat seperti Kylian Mbappe (Perancis) atau Jude Bellingham (England), namun nadi Barcelona itu percaya prestasi Sepanyol akan ditentukan keberhasilan pasukan bergerak sebagai satu unit.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya pemimpin yang menggerakkan pasukan ini adalah seluruh pasukan.

"Kapten juga banyak membantu kami, tetapi saya percaya perbezaan besar dengan semua negara (lain) ialah kami adalah satu pasukan dan tidak ada seorang pemimpin melebihi yang lain," kata Pedri.

Iklan

Malah rakan sepasukan Pedri di Barcelona, ​​Lamine Yamal, 16, menyinar di peringkat kelab musim ini disifatkan boleh menambah beberapa kilauan bahagian skuad Sepanyol yang kurang cemerlang pada Piala Dunia 2022.

Walaupun Yamal masih muda, Pedri menyifatkan pemain sayap itu tidak memerlukan sebarang bantuan.

Iklan

"Biarpun begitu ada sedikit nasihat yang boleh saya berikan kepadanya.

"Di atas padang dia tidak terlalu memikirkan tentang tekanan. Dia seronok bermain dan anda boleh lihat itu.

"Jika ada apa-apa yang boleh saya bantu dia, saya akan lakukan," ujar pemain asal Pulau Canary itu.

Di Euro Jerman 2024, Sepanyol diundi dalam Kumpulan B bersama Itali, Albania dan Croatia lawan perlawanan pertama mereka.

"Kami tahu perlawanan pertama adalah penting, untuk bermula dengan landasan yang baik.

"Banyak pasukan hebat memenangi kejohanan itu tetapi telah bermula dengan tewas jadi kami tidak perlu bimbang mengenainya.

"Kami perlu memberikan segala-galanya, kami teruja, kami benar-benar tidak sabar untuk memulakannya,” kata Pedri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!