Bolehkah jamu daging korban yang siap dimasak?

Iklan
DAGING korban sebenarnya lebih utama untuk disedekahkan kepada golongan fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak.

LAZIMNYA daging korban akan diagihkan dalam keadaan masih mentah kepada penerima yang layak.

Jarang sekali dilihat ia diberikan dalam keadaan sudah masak. Jika ada pun, ia hanya melibatkan hidangan bagi mereka yang terlibat dalam acara korban di sesuatu tempat sahaja.

Iklan
Iklan

Apakah hukumnya sebahagian daging korban dimasak dan dihidangkan kepada orang yang bergotong-royong dalam ibadah korban di masjid?

Jika ia melibatkan ibadah korban wajib seperti nazar, katanya, semua daging tersebut termasuk kulit dan tanduk wajib disedekahkan sepenuhnya kepada fakir miskin.

Iklan

TIDAK sah ibadah korban seseorang andai ia tidak menyedekahkan daging korban itu kepada orang miskin sama ada kesemua daging korban itu dimakan oleh tuan korban itu sendiri atau dimasak keseluruhannya dan diberi makan kepada orang ramai. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

"Haram bagi pihak yang berkorban wajib ini memakan daging korbannya sendiri dan memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.

Iklan

Sekiranya ibadah korban yang dilaksanakan melibatkan korban sunat sepertimana dilaksanakan ketika Hari Raya Aidiladha, Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjelaskan, ia perlu diagihkan seperti berikut:

1. Satu pertiga harus untuk dimakan pihak yang melakukan ibadah korban dan ahli keluarganya.

2. Satu pertiga wajib disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

3. Selebihnya satu pertiga lagi harus untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

"Bagaimanapun, paling afdal jika kita bersedekah semua daging korban tersebut dan orang yang melaksanakan korban tadi makan sedikit untuk mendapat keberkatan,” ungkapnya.

Tidak kiralah sama ada kesemua daging korban itu dimakan oleh tuan korban itu sendiri atau dimasak keseluruhannya dan diberi makan kepada orang ramai, ungkapnya.

"Sememangnya menjadi tujuan ibadah korban adalah bersedekah dagingnya kepada orang miskin.

"Lebih banyak daging korban yang disedekahkan, maka bertambah lagi ganjaran pahala yang diperoleh oleh peserta ibadah korban berkenaan.

WAJIB hukumnya menyedekahkan sebahagian daripada daging korban tidak dimasak kepada kelompok fakir miskin. -Foto: Canva

"Ketahuilah bahawa wajib hukumnya menyedekahkan sebahagian daripada daging korban tidak dimasak kepada kelompok fakir miskin tersebut,” katanya sepertimana dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Dalam pada itu, merujuk kepada buku bertajuk 99 Soal Jawab Viral Netizen tulisan Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed, individu yang melakukan korban diharuskan untuk memasak daging korban untuk kenduri kahwin.

Ia selagi mana mereka memperuntukkan sedikit daging korban mentah itu untuk disedekahkan kepada orang fakir atau miskin.

"Sebagai contoh, andai kata purata berat seekor lembu adalah 70 hingga 80 kilogram (kg), lalu lima kg disedekahkan manakala selebihnya dimakan sendiri, maka sah ibadah korban yang dikerjakan.

"Jika dilihat dari segi yang paling utama, lebih afdal sekiranya daging korban mentah itu diberikan kepada orang yang susah dan tidak susah dalam kuantiti yang banyak, manakala peserta korban hanya mengambil sedikit sahaja,” tulisnya.