Dua peguam ibu bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Iklan
Peguam, Fahmi Abd Moin tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 11.15 pagi Rabu.

PETALING JAYA - Peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 11.15 pagi Rabu.

Iklan
Iklan

Mereka hadir bagi prosiding yang dibuat secara tertutup berhubung reman pasangan suami isteri itu bagi membantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.

Ketika ditemui di lobi Fahmi berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan sehingga prosiding ini selesai.

Iklan

"Saya dimaklumkan untuk hadir pada jam 9 pagi tadi dan saya difahamkan anak guam telah dibawa ke mahkamah sebentar tadi," katanya.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Iklan

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!