Pendapatan boleh agih KWSP naik kepada RM19.2 bilion suku pertama

Iklan
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.

KUALA LUMPUR - Jumlah pendapatan boleh agih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion daripada RM14.42 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan boleh agih itu tidak termasuk keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan, kata dana persaraan itu dalam kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata, walaupun prestasi suku pertama kukuh, pasaran kewangan terus berdepan beberapa risiko meluas seperti kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama, risiko geopolitik dan konflik serta perubahan dasar berikutan pilihan raya di beberapa negara ekonomi besar pada tahun ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan

Iklan