Empat ditahan, minyak sawit mentah RM6.4 juta dirampas

Iklan
Antara barangan dan minyak sawit mentah bernilai RM6.4 juta dirampas menerusi Op Taring Palma yang dilaksanakan di Sandakan, Sabah pada Jumaat lalu. - Foto: MCBA.

KUALA LUMPUR - Empat individu ditahan dan rampasan minyak sawit mentah serta peralatan bernilai RM6.4 juta berjaya diperoleh menerusi Op Taring Palma yang dilaksanakan di Sandakan, Sabah pada Jumaat lalu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dalam satu kenyataan berkata, kejayaan itu dicapai menerusi satu operasi bersepadu agensi terbabit bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, operasi terbabit turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membanteras rangkaian pembelian minyak sawit mentah tidak berlesen di negeri itu.

"Satu serbuan telah dilakukan di sebuah syarikat memproses minyak sawit di Batu 14, Jalan Labuk, Sandakan.

Iklan

"Operasi khas itu turut melibatkan anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dan penguatkuasa MPOB Sandakan.

Agensi itu berkata, antara rampasan dibuat adalah sebuah lori muatan tiga tan, tujuh buah tangki 1,000 liter, empat unit pam elektrik dan hos.

Iklan

Selain itu, katanya, pihak serbuan juga merampas empat buah tong dram, lima unit tangki skid berkapasiti 40,000 liter, lima tangki simpanan berkapasiti 1,000 tan dan anggaran 775.1 tan minyak sawit mentah.

"Empat individu ditahan membabitkan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia. Kesemua yang ditahan dipercayai bersekongkol dalam aktiviti pembelian minyak sawit mentah secara haram.

"Kesemua suspek diserahkan kepada MPOB Sandakan untuk tindakan lanjut," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!