Ibu Zayn Rayyan dibawa keluar mahkamah

Iklan
Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini selepas menghadiri satu prosiding tertutup berhubung kes pembunuhan kanak-kanak terbabit. Foto Bernama

PETALING JAYA - Hanya ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa untuk merekodkan keterangan selepas dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini pada jam 12.50 tengah hari pada Rabu.

Wanita berusia 29 tahun berkenaan yang memakai baju lokap, dikawal ketat pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van polis pada jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah.

Pada jam 10.55 pagi, datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, nenek dan beberapa ahli keluarga lain turut memasuki mahkamah bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Iklan

Ia disusuli kehadiran dua peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Abdul Jumaat beberapa minit kemudian.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!