Elon Musk tarik balik tuntutan saman terhadap OpenAI

Iklan
Elon Musk. - Agensi

WASHINGTON - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk mengemukakan permohonan untuk menarik balik tuntutan samannya terhadap OpenAI, lapor Sputnik.

Pasukan undang-undang Musk telah memfailkan permohonan untuk membatalkan kes itu di Mahkamah Tinggi California pada Selasa namun tidak mendedahkan sebab tindakan itu diambil.

Iklan
Iklan

Musk yang mengasaskan OpenAI pada 2015, pada mulanya memfailkan saman terhadap OpenAI dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Sam Altman pada Mac sebagai tindak balas kepada rancangan firma teknologi itu untuk meneroka model perniagaan berasaskan keuntungan dengan menawarkan teknologi AI termaju kepada pelanggan persendirian.

Musk mahu Altman dan pengasas bersama Greg Brockman membayar balik sebarang keuntungan yang mereka terima daripada perniagaan itu, lapor media.

Iklan

Bagaimanapun, OpenAI menerbitkan satu catatan blog termasuk beberapa e-mel Musk dari awal penubuhan OpenAI, kononnya menunjukkan Musk bersetuju bahawa akan ada keperluan untuk syarikat membuat keuntungan bagi membiayai sumber pengkomputeran yang diperlukan bagi meningkatkan teknologi AI.

Menurut laporan media, perbicaraan dijadualkan pada Rabu berkaitan dengan permohonan OpenAI untuk membatalkan kes itu.- Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!