Wanita maut dipercayai ditikam suami

Iklan
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai dibunuh ketika berlaku pertengkaran di Kampung Simee, Ipoh pada Rabu.

IPOH - Seorang wanita ditemukan maut dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di Laluan Simee 11, Kampung Simee di sini pada Rabu.

Difahamkan, mangsa berusia 48 tahun ditikam beberapa kali oleh suspek yang berusia 56 tahun ketika berlaku pertengkaran.

Iklan
Iklan

Kejadian sekitar jam 8 pagi itu turut disaksikan oleh anak perempuan pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan