Pusat Warisan OldTown tarikan baharu gastronomi, galeri seni

Iklan
Tetamu jemputan memotong riben simbolik merasmikan pembukaan Pusat Warisan OldTown yang unik di Ipoh.

IPOH - Jacobs Douwe Egberts (JDE) Malaysia meraikan pembukaan Pusat Warisan OldTown bagi mempromosikan sejarah dan warisan kopi putih dan kesenian di Jalan Panglima di sini pada Rabu.

Terletak di lokasi jejak warisan ibu negeri Perak, pusat berkenaan menawarkan gabungan unik seni lukisan dan gastronomi yang menggamit pelancong domestik dan antarabangsa.

Iklan
Iklan

Presiden JDE (Asia Pasifik), Lara Brans berkata, Pusat Warisan OldTown merupakan satu inisiatif mempamerkan karya seni artis di sebalik perkembangan industri kopi putih Ipoh.

Pusat Warisan OldTown menampilkan gabungan sejarah warisan, galeri artis tempatan dan kafe sebagai tarikan baharu pelancong di Ipoh.

"Bak kata pepatah 'sesuatu yang menakjubkan boleh berlaku dengan secawan kopi' dan hari ini, Pusat Warisan OldTown merupakan kemuncak kepercayaan kami terhadap jenama OldTown White Coffee dalam keupayaannya menyatukan keaslian warisan dan budaya.

Iklan

"Kami berhasrat agar pusat warisan ini menjadi tumpuan bukan sahaja memastikan warisan terus dipelihara malah menjadi hab idea segar dan relevan menerusi generasi baru artis tempatan dan artisan," katanya.

Majlis tersebut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin; Duta Kerajaan Belanda ke Malaysia, Jacques Werner; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa; Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Perak, Dyrul Shahrytz Mohd Daud dan Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Dutch Malaysia (MDBC), Remco Koster.

Iklan

Pada majlis itu, tetamu menikmati makan tengah hari di Earthcare Café, konsep unik pertama negara yang menampilkan menu pilihan kopitiam bersumberkan ruang pertanian kebun pameran selari dengan dasar kebajikan haiwan JDE.

Rumaizi (lapan dari kiri) dan Jacques Werner (lapan dari kanan) merasmikan Pusat Warisan OldTown di Ipoh.

Kafe ini juga mengamalkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan kelestarian seperti penggunaan air dan tenaga, kompos sisa makanan, menukar minyak masak terpakai menjadi biofuel dan lain-lain.

Kemuncak pembukaan Pusat Warisan OldTown turut dimeriahkan persembahan gendang dan tarian singa yang turut menggamit perhatian pelancong selari dengan etos warisan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!