Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme

Iklan
Fahmi selaku jurucakap Kerajaan Perpaduan pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan persekutuan bersama-sama kesemua negeri.

Iklan
Iklan

"Oleh itu Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri, dan dalam menentukan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Beliau berkata, jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan yang dibuat beberapa pihak berkenaan hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.

Iklan

Sementara itu, berkaitan perkara-perkara mengenai Sabah dan Sarawak, Fahmi berkata, perbincangan adalah berpandukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan