SHAH ALAM - Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) melantik Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi sebagai pengerusi baharu yang berkuat kuasa pada Rabu.
TalentCorp dalam satu kenyataan berkata, Mohd Khuzzan Abu Bakar yang berpengalaman lebih 14 tahun dengan Bank Muamalat Malaysia turut dilantik sebagai timbalan pengerusi.
Iklan
Iklan
Lembaga TalentCorp turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi, Datuk Luqman Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Antarabangsa) Kementerian Kewangan, Dr Emelia Fantoza Saraih.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pelantikan berkenaan akan membawa perspektif baharu dan strategi inovatif untuk membangunkan ekosistem bakat di negara ini.
"Pelantikan ini mencerminkan kepentingan berterusan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
"Ia untuk memupuk dan mengekalkan modal insan Malaysia supaya berkembang maju dalam landskap pesat yang dibentuk oleh peningkatan globalisasi serta kehendak masa depan pekerjaan,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!