Operasi perdana AADK Selangor tahan 168 penagih dadah

Iklan
Antara lokasi penagih dadah yang dikesan dalam operasi perdana AADK Selangor.

SHAH ALAM - Seramai 168 orang yang disyaki (OYDS) sebagai penagih dadah ditahan dalam operasi perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor pada Ahad hingga Selasa.

AADK dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, operasi di tiga daerah iaitu di Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor itu bertujuan untuk mengesan dan menahan OYDS sebagai penagih dadah atau klien dalam komuniti yang melanggar syarat pengawasan.

Iklan
Iklan

"Seramai 168 OYDS berjaya dikesan dan daripada jumlah itu, seramai 162 orang positif dadah, manakala lima lagi negatif ujian saringan dan seorang individu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia kerana disyaki mengedar dadah," katanya.

AADK berkata, pecahan tangkapan OYDS positif mengikut jenis dadah berbahaya ialah 81 orang mengambil dadah jenis opiat dan 39 penagih dadah methamphatamine.

Iklan

"Seramai 36 penagih mengambil dadah jenis opiat dan methamphetamine.

"Manakala tiga individu penagih methamphetamine dan marijuana manakala seorang penagih marijuana," katanya.

Iklan

Menurutnya, seramai 70 anggota dan pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan menyertai operasi tersebut.

"AADK berharap agar operasi perdana ini dapat memastikan OYDS yang dikesan dapat menjalani program rawatan dan pemulihan disediakan.

"Kita juga mahu menyekat kemasukan dadah di kawasan tersebut sekali gus memastikan keselamatan masyarakat setempat dapat ditingkatkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!