Padah operasi tanpa lesen, pemilik kilang di Teluk Gong dikompaun

Iklan
Sembilan kompaun terhadap dua pemilik kilang di Teluk Gong kerana beroperasi tanpa lesen. Pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan daripada MBDK

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan sembilan kompaun terhadap dua pemilik kilang di Teluk Gong kerana beroperasi tanpa lesen.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Bangunan dan Jabatan Perancangan Bandar di kawasan Klang Selatan.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa tempatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, dua premis berkenaan berada di luar zon industri kilang tanpa kebenaran (KTK).

"Dua premis yang menjalankan aktiviti KTK di kawasan Klang Selatan berada di luar zon industri KTK di mana sebuah premis dalam kawasan zon perumahan dan sebuah lagi premis di zon KTK.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati premis (berkenaan) tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan daripada pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang," kata kenyataan itu di laman Facebook MBDK.

Sehubungan itu, MBDK mengeluarkan sembilan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!