Pelajar cedera ditikam rakan dengan pisau

Iklan
Seorang pelajar sebuah sekolah di Ipoh cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh seorang rakannya menggunakan dua bilah pisau pada Selasa. Gambar hiasan

IPOH - Seorang pelajar sebuah sekolah di bandar raya ini cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh seorang rakannya menggunakan dua bilah pisau dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan mengenai kejadian diterima pihak polis daripada warden asrama sekolah berkenaan pada Selasa yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dua orang pelajar berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa telah ditikam oleh suspek di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau.

"Sementara itu, mangsa yang juga berusia 16 tahun kini mendapat rawatan di Hospital Seri Botani Ipoh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Abang Zainal Abidin berkata, suspek yang direman selama empat hari sehingga 15 Jun disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, sepanjang siasatan yang dilakukan pihak polis akan turut mengambil keterangan saksi-saksi yang terlibat untuk dirakam percakapan.

Iklan

Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Jagdeep Singh a/l Jaswant Singh di talian 019-4424361 hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!