Mahkamah benarkan Najib minta pakar sahkan tandatangan

Iklan
Najib (tiga dari kiri) beredar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd semalam.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seorang pakar bagi menentukan kesahihan tandatangannya pada tujuh dokumen bank dan syarikat dalam perbicaraan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, permohonan itu dibenarkan bagi mendapatkan keadilan.

Iklan
Iklan

"Walaupun permohonan itu sesuatu yang difikirkan kemudian, ia menjadi kewajipan mahkamah untuk memelihara integriti dan keadilan dalam proses perbicaraan,” katanya.

Nazlan juga akan menentukan kebolehpercayaan saksi-saksi pihak pembelaan pada penghujung kes pembelaan.

Iklan

Bagaimanapun Nazlan mengehadkan permohonan Najib kepada dokumen-dokumen tertentu.

"Pihak pembelaan mesti mengatur pemeriksaan itu dijalankan minggu depan tetapi hanya dua hari,” katanya.

Iklan

Hakim juga telah memutuskan pemeriksaan mesti dibuat di mahkamah.

Nazlan memutuskan pihak pembelaan boleh mengemukakan keterangan mereka bagi menyangkal untuk mencabar testimoni pakar pihak pembelaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib tak pernah bangkitkan isu tandatangan palsu