Anak Biden didakwa bersalah kes jenayah

Iklan
Biden memeluk cucunya, Beau yang juga anak kepada Hunter (kanan) bersama pasangannya, Melissa sejurus beliau tiba di Pangkalan Udara Pengawal Negara Delaware di New Castle pada Selasa. Foto AFP

WILMINGTON - Panel juri pada Selasa mendapati Hunter Biden bersalah atau tuduhan pemilikan senjata api, di bawah pendakwaan jenayah pertama melibatkan anak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang masih berkhidmat di Rumah Putih.

Anak kepada Joe Biden yang berusia 54 tahun itu disabitkan atas tiga pertuduhan berhubung pembelian senjata api secara haram pada 2018 ketika ketagihan kokain.

Iklan
Iklan

Keputusan yang turut mencalarkan imej Biden, 81, itu dibuat ketika beliau merancang mahu bertanding semula pada November depan.

Demi Hunter, Presiden berkenaan turut terbang ke Wilmington, Delaware di mana perbicaraan itu berlangsung.

Iklan

"Saya seorang Presiden dan juga bapa. Saya menerima keputusan ini dengan terbuka dan menghormati proses kehakiman memandangkan Hunter mahu mengemukakan rayuan,” katanya ketika menzahirkan sokongan kepada Hunter.

Di bawah kesalahan itu, Hunter boleh dipenjara sehingga 25 tahun, namun hukuman tersebut akan diputuskan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Iklan

Sementara itu, Peguam Khas, David Weiss yang mengheret Hunter ke muka pengadilan menyifatkan tiada sesiapa boleh melangkaui undang-undang dan setiap individu perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka termasuk anak Presiden. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!