Malaysia-Singapura setuju percepat resolusi isu tertangguh - PM

Iklan
Anwar (kanan) dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong mengadakan sidang media bersama sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura itu ke Malaysia. Foto Bernama PUTRAJAYA, June 12 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (right) with his counterpart from Singapore Lawrence Wong hold a joint media conference in conjunction with visiting Singapore prime minister’s two-day working visit to Malaysia. --fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mempercepat resolusi bagi isu tertangguh seperti perjanjian air serta persempadanan semula kawasan maritim, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, isu berkaitan perjanjian air adalah rumit namun ia harus diselesaikan secara baik dan tidak sepatutnya menghalang kedua-dua negara daripada meneroka jalan baharu.

Iklan
Iklan

"Tidak dinafikan bahawa kita perlu menjual air kepada Singapura. Begitu juga dengan FIR (Wilayah Maklumat Penerbangan), tiada persoalan bahawa ia diperlukan oleh (Lapangan Terbang Antarabangsa) Changi.

"Isunya ialah mendapatkan butiran untuk diselesaikan. Lebih cepat ia dilakukan, lebih baik untuk negara," katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawat dari Singapura iaitu Lawrence Wong di sini pada Rabu.

Iklan

Anwar berkata, pendekatan sama hendaklah diambil bagi isu berkaitan persempadanan semula kawasan maritim antara kedua-dua negara.

"Jika anda tanya pendapat saya... saya memberi jaminan kepada Perdana Menteri Lawrence bahawa kakitangan kami akan melakukan kerja dengan lebih pantas. Alangkah baiknya jika ia dapat diselesaikan sebelum mesyuarat dua hala menjelang akhir tahun ini," katanya.

Iklan

Perdana Menteri berkata, menyelesaikan isu tertangguh dengan negara jiran itu mungkin mengambil sedikit masa namun kedua-dua pihak telah memberikan komitmen untuk berbuat demikian.

"Kita perlu menyelesaikannya, tidak boleh tidak... saya agak bercita-cita tinggi, saya mahukan perkara ini ditonjolkan agar rantau ini dan dunia tahu bagaimana jiran yang baik harus berkelakuan dan berinteraksi," katanya.

Sementara itu, Lawrence berkata, komitmen kedua-dua negara ke arah menyelesaikan isu tertangguh adalah panduan kepada para pegawai masing-masing untuk meneruskan perbincangan secara konstruktif.

"Sekurang-kurangnya, meskipun kita tidak boleh menyelesaikan sepenuhnya isu terbabit, kita dapat melihat kemajuan yang amat baik ketika kita berjumpa pada Permukiman Pemimpin," katanya sambil menambah beliau dan Anwar telah mengadakan perbincangan selama lebih sejam berkaitan kerjasama dalam bidang baharu bagi mengeratkan hubungan.

Beliau berkata, mereka juga sepakat untuk menyediakan hala tuju strategik kepada pegawai masing-masing sebelum bertemu semula di Permukiman Tahunan Pemimpin anjuran Malaysia pada akhir tahun ini.

Lawrence juga berkata, kedua-dua negara komited untuk membentuk masyarakat yang lebih inklusif berdasarkan tadbir urus baik dan keharmonian sosial serta menangani isu berbangkit secara konstruktif di samping memastikan hubungan keseluruhan kedua-dua jiran adalah positif. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!