Lelaki ditahan gara-gara tak puas hati pembahagian harta

Iklan
Suspek bertindak memecahkan peralatan rumahnya sehingga mendatangkan ketakutan kepada kedua orang tuanya - Gambar hiasan

GERIK - Gara-gara tidak berpuas hati berhubung pembahagian harta, seorang lelaki tergamak mengugut ahli keluarganya dalam kejadian di Kampung Jagor dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada jam 3.12 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek bersama kedua ibu bapa ke rumah kakaknya menaiki pacuan empat roda sebelum melanggar dua tiang lampu solar di tempat kejadian.

"Sekitar jam 3 pagi selepas kejadian, suspek telah pulang ke rumah bersama ibu dan bapanya di Kampung Padang, Gerik dan bertindak sekali lagi dengan memecahkan peralatan rumahnya sehingga mendatangkan ketakutan kepada kedua orang tuanya itu.

Iklan

"Perbuatan dilakukan itu dipercayai disebabkan suspek tidak berpuas hati tentang pembahagian harta milik ayahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zulkifli berkata, bertindak di atas maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 pagi untuk tindakan lanjut.

Iklan

Menurutnya, bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap mangsa.

Sehubungan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!