Shaw dipakaikan bib hijau

Iklan
Luke Shaw disenaraikan dalam skuad 26 pemain England bagi menghadapi Euro 2024 yang berlangsung di Jerman. Foto Agensi

PERTAHANAN Manchester United, Luke Shaw muncul satu-satunya pemain England yang memakai bib berwarna hijau semasa sesi latihan skuad Three Lions di kemudahan sukan Ernst-Abbe-Sportfeld di Jena, Jerman pada Selasa.

Menurut laporan The Sun, Shaw diarah memakai bib tersebut bagi memastikan dia tidak menerima sebarang sentuhan fizikal atau kekasaran bagi mengelak risiko kecederaan.

Iklan
Iklan

Gareth Southgate memasukkan pemain berusia 28 tahun itu dalam senarai 26 pemain England untuk kempen Euro 2024, namun tidak dapat dipastikan sama ada

Namun, beberapa laporan di England menyebut bahawa Southgate mungkin menurunkan pemain itu dalam aksi kedua menentang Denmark pada 21 Jun atau perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Slovenia lima hari kemudian.

Iklan

Sebelum terbang ke Jerman, Shaw diarah mengikuti program individu bagi memulihkan diri daripada kecederaan.

Shaw terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga bulan sejak disahkan mengalami kecederaan otot pada Februari lalu.

Iklan

Sebagai rekod, Shaw sudah mengumpul 31 kap bersama skuad senior England dan mencipta tiga jaringan di Euro 2020 termasuk satu gol pada perlawanan akhir menentang Itali yang berkesudahan 1-1 sehingga mengheret perlawanan ke sepakan penalti.

Penentuan penalti itu memihak kepada Itali 3-2 selepas tiga pemain England termasuk bintang Arsenal, Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan terakhir selepas percubaannya ditepis kemas Gianluigi Donnarumma.

Pada edisi kali ini, England muncul pasukan pilihan dari Kumpulan C untuk mara ke pusingan kalah mati Euro 2024.

Difahamkan, skuad England ditempatkan di kawasan elit ekslusif dengan populasi 7,000 orang di pinggir Blankenhaim, kira-kira 30 kilometer (km) dari Jena.

Tempat penginapan mereka merupakan sebuah resort lima bintang yang dilengkapi dua kolam renang, sebuah gelanggang tenis dan tiga padang golf.

--------------------------------------------------------------------

*INFO* SKUAD ENGLAND DI EURO 2024

- England tampil sebagai skuad termahal di Euro 2024 yang berlangsung di Jerman bermula Sabtu ini.

- Nama-nama seperti Harry Kane, Jude Bellingham, Phil Foden, Declan Rice, Cole Palmer dan Bukayo Saka menjadikan Three Lions skuad termahal di kejohanan kali ini yang berlangsung di Jerman pada harga 1.29 bilion pound (RM7.71 bilion).

- Hanya England dan Perancis mempunyai skuad bernilai lebih 1 bilion pound (RM5.97 bilion) - menjadikan mereka antara pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini.

- Pemain-pemain England akan menyahaktif akaun media sosial mereka sepanjang Euro 2024 bagi memberi tumpuan penuh kepada kejohanan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!