Pemuzik terkenal, Lok-U meninggal dunia

Iklan
Lok-U

PENGARAH muzik terkenal, Lok-U dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Jalil, sekitar jam 10 pagi tadi.

Difahamkan Lok-U atau nama sebenarnya sebenarnya Faizal Uzir, 40an, mengalami sesak nafas dan menghembuskan nafas terakhirnya selepas pulang berjongging.

Iklan
Iklan

Jenazah kini berada di Hospital Serdang dan akan dibawa pulang ke kediamannya selepas proses bedah siasat selesai.

Lok-U merupakan pemuzik profesional yang sering mengetuai kumpulan muzik iringan untuk pelbagai program TV dan persembahan live, selain sering dijemput menjadi juri pelbagai pertandingan nyanyian, termasuk Anugerah Juara Lagu.

Iklan

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Jamariah Yusof, dan tiga anak iaitu Adam Danial, Faris dania, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Berita mengejutkan dunia hiburan itu turut dikongsi ramai penggiat seni hari ini yang menyifatkan kehilangan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.

Iklan