Jerman tekad akhiri kemarau kejuaraan utama dunia

Iklan
Kroos (tengah) menjalani latihan bersama skuad Jerman di kem latihan pasukan tersebut di Herzogenaurach.

PASUKAN pilihan Euro 2024, Jerman akan merasai bahang tekanan sebagai tuan rumah apabila temasya berprestij bola sepak Eropah itu membuka tirainya pada Sabtu ini.

Namun pemain senior, Toni Kroos mahu setiap pemain Die Mannschaft mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri dengan menampilkan aksi terbaik.

Iklan
Iklan

Malah di sebalik tekanan itu, Kroos menegaskan edisi 2024 kali ini merupakan peluang terbaik mengakhiri kemarau sedekad tanpa sebarang gelaran utama antarabangsa.

"Sudah pasti tekanan itu wujud apatah lagi sesuatu kejohanan itu dianjurkan di tanah air sendiri.

Iklan

"Jadi, kami mempunyai tanggungjawab besar untuk menggembirakan peminat dalam beberapa minggu akan datang,” ujar Kroos yang akan menggantung butnya selepas kejohanan Euro 2024 berakhir.

Pada 2 Jun lalu, Kroos, 34, membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara selepas gergasi Sepanyol itu menundukkan Borussia Dortmund 2-0 di perlawanan akhir.

Iklan

Sebagai rekod, Jerman yang ketika itu dikenali Jerman Barat pernah menjadi tuan rumah pada Euro 1988 yang menyaksikan Belanda muncul juara selepas menewaskan Soviet Union (kini dikenali Rusia) 2-0 dalam perlawanan akhir di Olympiastadion, Munich.

Untuk kempen kali ini, Jerman kendalian Julian Nagelsmann akan memulakan aksi kumpulan A berdepan Scotland di Allianz Arena pada Sabtu, diikuti Hungary di MHPArena (20 Jun) sebelum aksi terakhir berdepan Switzerland di The Waldstadion (24 Jun).

INFO

PENJARING TERBANYAK EURO

1984: Michel Platini (Perancis) – 9 gol

1988: Marco van Basten (Belanda) – 5 gols

1992: Henrik Larsen (Denmark), Karl-Heinz Riedle (Jerman), Dennis Bergkamp (Belanda), Tomas Brolin (Sweden) – 3 gol

1996: Alan Shearer (England) – 5 gol

2000: Patrick Kluivert (Belanda), Savo Miloševic (Yugoslavia) – 5 gol

2004: Milan Baroš (Republik Czech) – 5 gol

2008: David Villa (Sepanyol) – 4 gol

2012: Fernando Torres (Sepanyol)*, Alan Dzagoev (Rusia), Mario Gomez (Jerman), Mario Mandzukic (Croatia), Mario Balotelli (Itali), Cristiano Ronaldo (Portugal) – 3 gol

2016: Antoine Griezmann (Perancis) – 6 gol

2020: Cristiano Ronaldo (Portugal)**, Patrik Schick (Czechia) – 5 gol

* Sembilan kejuaraan terakhir Euro *Torres menerima trofi 2012 berdasarkan bantuan gol dan bermain minit paling sedikit dalam kalangan pemain yang menjaringkan tiga gol. **Ronaldo menerima trofi 2020 berdasarkan satu bantuan gol.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!