Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden

Iklan
Dr Mohammad Tawfik Yaakub

SHAH ALAM - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tidak mempertandingkan jawatan presiden pada pemilihan parti Oktober ini tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti itu, bahkan dilihat sebagai langkah terkebelakang.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Bersatu sepatutnya menonjolkan keberanian dan tidak terikut- ikut dengan tindakan UMNO serta parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi parti itu.

Iklan
Iklan

"Bersatu perlu memberi ruang pelapis untuk mewujudkan kesegaran dalam parti dan melantik Muhyiddin sebagai ketua umum seperti dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Mursyidul Am dalam Pas.

"Benar, parti lain ada alasan iaitu menangguhkan pemilihan parti atau tidak pertandingkan jawatan presiden kerana pilihan raya umum (PRU).

Iklan
Dr Mohammad Tawfik Yaakub

"Tetapi sekarang bukan musim PRU, maka Bersatu tiada alasan kukuh untuk tidak pertandingkan jawatan dalam parti khususnya presiden kerana pertandingan semua jawatan melambangkan demokrasi dalam parti.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menetapkan jawatan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti Oktober ini, selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November tahun lalu yang sebulat suara memutuskan Muhyiddin kekal sebagai presiden parti bagi pemilihan akan datang.

Iklan

Bersatu juga kekal mengikut perlembagaan parti bagi mempertandingkan jawatan-jawatan lain dan calon yang berhasrat untuk bertanding perlu mengemukakan permohonan kepada MPT selaras dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.

Mohammad Tawfik berkata, Bersatu wajar mengekalkan Muhyiddin sebagai penasihat dalam organisasi malah masih boleh dicalonkan sebagai Perdana Menteri atau Poster Boy dalam PRU16 akan datang.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Seri Muhamed Azmin Ali layak diangkat bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan presiden parti bersandarkan pengalaman yang dimiliki.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!