PERANTIS IWK perkasa belia pelihara bumi

Iklan
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melancarkan program PERANTIS IWK ketika makan malam sambutan Ulang Tahun Ke-30 IWK pada 30 Mei lalu.

SHAH ALAM - Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, (IWK) melancarkan inisiatif memperkasakan usaha memelihara bumi dan kelestarian alam sekitar melalui program PERANTIS IWK.

Dalam era yang mana kelestarian alam sekitar menjadi keutamaan ketika ini, inisiatif tersebut memberi fokus kepada pemerkasaan golongan belia terhadap usaha pemeliharaan itu.

Iklan
Iklan

Malah, program PERANTIS IWK itu yang turut bersempena sambutan ulang tahun ke-30 syarikat itu dibuka kepada para pelajar sarjana muda dan siswazah tahun akhir yang berminat mendalami bidang kelestarian alam sekitar serta pembangunan insaniah.

"PERANTIS IWK bukan sahaja menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik mengenai kelestarian alam, tetapi berfungsi sebagai satu platform untuk membina kemahiran komunikasi.

Iklan

"Ia juga memupuk keupayaan memimpin dan mencipta kempen media sosial yang menjadi salah satu komponen penting dalam bidang profesional masa kini,” jelas IWK dalam satu kenyataan.

Berkenaan dengan pelaksanaan program PERANTIS IWK, syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam itu menjalin kerjasama dengan NK Communications, yang menawarkan latihan serta pembangunan komunikasi dan diketuai oleh selebriti, Natalie Kniese.

Iklan

Kepakaran Natalie sebagai usahawan, jurulatih, juruhebah radio dan penyampai televisyen dapat menyumbang kepada program itu dan membantu anak muda mengetengahkan kebolehan unik mereka berkomunikasi dengan berkesan.

Komprehensif dan dinamik

Para peserta program PERANTIS IWK akan melibatkan diri dalam kurikulum yang menggabungkan aspek pengetahuan teori dan pengalaman praktikal.

Selain dari latihan kemahiran insaniah yang komprehensif, program ini turut dikendalikan golongan profesional yang berpengalaman selain dijalankan di fasiliti IWK.

Para peserta bakal dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk terus berkembang maju dalam persekitaran dinamik masa kini.

Di akhir program, peserta akan menjalani penilaian oleh panel yang terdiri daripada para jurulatih dan wakil daripada IWK.

Mereka akan bersaing bagi merebut tiga peluang bagi merebut tiga peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1,000 setiap seorang di samping peluang pekerjaan atau latihan industri di IWK.

Program PERANTIS IWK merupakan cabang inspirasi daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) IWK di bawah IWK Cares yang memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu alam sekitar, komuniti dan pendidikan.

Melalui penglibatan aktif dengan komuniti dan pihak berkepentingan, IWK berharap ianya dapat memberi impak positif kepada pembangunan masyarakat.

Bagi anak muda yang ingin mengembangkan kebolehan dalam bidang kemampanan dan pembangunan diri, mereka dialu-alukan untuk menyertai program PERANTIS IWK ini yang dijalankan secara percuma!.

Kriteria

Mereka yang berminat untuk menyertai program PERANTIS IWK perlulah warganegara Malaysia atau pemegang Pemastautin Tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai ijazah sarjana muda atau transkrip semester akhir.

Kriteria lain ialah mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Program latihan adalah pada tarikh 13, 14, 15, 20 dan 21 Julai 2024.

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini, boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian sebelum 20 Jun 2024 melalui pautan ini https:// forms.gle/Q94uGNZHCV7zmebi6

Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi IWK menerusi emel, iwkperantis@gmail.com.

Peserta yang berjaya terpilih akan dimaklumkan menerusi emel.

INFO PERANTIS IWK

- Tempoh Permohonan: Sekarang sehingga 20 Jun 2024.

- Tarikh Mula Program: 13 Julai 2024.

- Pengumuman Pemenang: 21 Julai 2024.

KRITERIA / KELAYAKAN

- Berumur 18 tahun ke atas,

- Mempunyai ijazah sarjana muda atau transkrip semester akhir,

- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,

- Warganegara Malaysia atau pemegang Pemastautin Tetap, dan

- Boleh menghadiri program latihan pada tarikh di bawah:

- 13 Julai 2024

- 14 Julai 2024

- 15 Julai 2024

- 20 Julai 2024

- 21 Julai 2024