Datuk, nenek Zayn Rayyan akan dibebaskan dengan jaminan polis

Iklan
Gambar kiri: Shahrulnizam. Laporan Sinar Harian

PETALING JAYA - Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan.

Iklan
Iklan

"Pembebasan hanya akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan tidak akan dibawa ke mahkamah (untuk reman)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sementara itu, peguam mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata, pasangan suami isteri itu masih berada di IPD Petaling Jaya untuk dirakam keterangan.

Iklan

"Lebih daripada itu saya tak tahu.. mereka telah diambil keterangan dari semalam, tengah malam, pagi. Polis sedang ambil keterangan lagi hari ini.

"Sepatutnya hari ini ada reman tapi saya difahamkan memang tak ada dan akan dilepaskan petang ini," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan suami isteri berusia 56 tahun itu ditahan polis di Subang Bestari, kira-kira jam 2.30 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!