Bengkel kereta mewah diserbu, gajikan budak 13 tahun

Iklan
Antara kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan Op Pintas di sebuah bengkel kereta di Puchong, Selangor pada Rabu.

PUCHONG - Sebuah bengkel kereta mewah di Taman Perindustrian Utama, di sini, disyaki 'merekrut' lima buruh asing seawal usia 13 tahun dibongkar polis, pada Rabu.

Kesemua remaja berusia 13 hingga 17 tahun itu diselamatkan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Ops Pintas Mega, kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Iklan
Iklan

Difahamkan, remaja bertubuh kecil itu dikerah bekerja selama sembilan jam sehari dengan melakukan kerja pembantu bengkel yang hanya diberikan upah RM45 sehari.

Kata remaja warga Myanmar berusia 13 tahun itu, dia telah bekerja kira-kira setahun.

Iklan

"Saya tinggal dengan ibu bapa di sini, di rumah tak jauh dari kedai ini.

"Saya buat pelbagai kerja baiki kereta terutama kerja-kerja baiki body dan kerja-kerja mengecat,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Rabu.

Iklan

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi ini telah menahan 22 warga Myanmar berusia 20 hingga 51 tahun disyaki pekerja premis.

Soffian

Menurutnya, turut ditahan ialah tiga warga tempatan termasuk seorang wanita merupakan pemilik, pengurus dan akauntan.

"Tiga warga tempatan berusia 41 hingga 46 tahun ini akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Tambah beliau, operasi dengan kerjasama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri ini juga berjaya menyelamatkan lima remaja lelaki warga Myanmar.

Polis menahan 22 warga Myanmar dalam serbuan Op Pintas di sebuah bengkel kereta di Puchong, Selangor pada Rabu.

Katanya, semasa serbuan, semua pekerja dan mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih dan memasang alat ganti kenderaan.

"Pemeriksaan mendapati premis baik pulih kenderaan itu telah beroperasi selama hampir 20 tahun," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subamg Jaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!