Datuk, nenek Zayn Rayyan perlu lapor sebulan sekali di IPD Petaling Jaya - Peguam

Iklan
Fahmi (kiri) dan Zahari ketika mengadangkan sidang akhbar di pekarangan luar pintu masuk IPD Petaling Jaya pada Khamis.

PETALING JAYA - Datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebulan sekali selepas dibebaskan pada Khamis.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, kedua-dua individu itu iaitu Zahari Mohd Reba dan Hasni Zakaria dilepaskan atas jaminan polis.

Iklan
Iklan

"Penahanan datuk dan nenek Zayn Rayyan ini tiada sebarang isu, sebaliknya hanya diminta memberikan keterangan berkaitan siasatan dijalankan.

"Kedua-dua mereka yang berumur 56 tahun itu dimaklumkan perlu melapor diri di IPD Petaling Jaya sebulan sekali selepas ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pekarangan luar pintu masuk IPD Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Fahmi berkata, kedua-dua individu terbabit akan sentiasa mengikut arahan dan perintah yang dikeluarkan.

Iklan

"Kedua-dua mereka akan sentiasa berikan kerjasama erat dalam siasatan bagi mencari siapa pembunuh Zayn Rayyan.

"Siasatan berkaitan masih dijalankan di bawah Seksyen 302 dan mereka akur dengan syarat dikenakan pihak polis itu," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pertuduhan dihadapkan ke atas Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, sejujurnya perkara ini jelas sekali menafikan segala spekulasi yang tersebar sebelum ini.

"Zaim dan Isma difahamkan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada 5 Jun lalu, namun ketika itu mereka ditahan.

"Pertuduhan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 ini boleh dijamin berbanding Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang tidak membenarkan sebarang jaminan dilakukan, mereka sangat syukur dan ini merupakan rezeki sempena Aidiladha kelak," katanya.

Media sebelum ini melaporkan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis kira-kira jam 2.30 petang, Rabu.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!