KPDN lulus 198,046 kenderaan terima subsidi diesel

Iklan
KPDN lulus permohonan 198,049 kenderaan untuk menyertai SKDS setakat 12 Jun.

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meluluskan permohonan sebanyak 198,049 kenderaan untuk menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat 12 Jun.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 59,940 jumlah syarikat telah mendapat kelulusan permohonan subsidi diesel di bawah SKDS.

Iklan
Iklan

Menurutnya, KPDN menjangkakan permohonan akan terus meningkat sehingga 30 Jun selaras dengan tarikh akhir pembayaran semula secara tunai kepada penerima SKDS yang masih belum menerima 'fleet card'.

"Sehingga 12 Jun, jumlah keseluruhan syarikat melibatkan 198,046 kenderaan pengangkutan awam dan barangan telah mendapat kelulusan.

Iklan

"Kelulusan serta-merta boleh diberikan melalui sistem MySubsidi Diesel sebaik permohonan disertakan dengan maklumat lengkap.

"Pada 13 Mei 2024, SKDS 2.0 telah ditawarkan kepada tambahan 14 jenis pengangkutan barangan menjadikan keseluruhan 33 jenis pengangkutan yang terlibat. Ini termasuk penerima awal SKDS 1.0 iaitu 10 jenis kenderaan pengangkutan awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada 27 Mei lalu, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan Budi Madani iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Program Budi Madani melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel menerusi sistem MySubsidi Diesel kendalian KPDN dan pemberian bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan.

Mengulas lanjut, menurut Armizan, pada 9 Jun 2024 pihak KPDN telah menerima keseluruhan permohonan daripada 40,264 syarikat yang melibatkan 156,242 kenderaan.

Tambah beliau, kelulusan permohonan meningkat pada kadar tertinggi pada 10 Jun yang merekodkan 8,584 syarikat melibatkan 19,612 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.

Beliau berkata, jumlah tersebut terus menunjukkan peningkatan kadar harian yang tinggi setelah pengumuman pelaksanaan penyasaran subsidi dan pelarasan harga baharu diesel bermula pada 10 Jun.

"Pada 10 Jun terdapat peningkatan sebanyak 7,097 syarikat atau 477 peratus dan 16,584 kenderaan bersamaan 548 peratus berbanding hari sebelumnya iaitu 9 Jun yang hanya mencatatkan kelulusan permohonan sejumlah 1,487 syarikat dengan melibatkan 3,028 kenderaan.

"KPDN telah merintis peluasan Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) SKDS 2.0 pada 7 Mac lalu yang awalnya hanya terbuka kepada sembilan jenis kenderaan pengangkutan barangan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!