Faisal Halim pernah terfikir nak berhenti, tak kisah hilang gaji berpuluh ribu

Iklan
Faisal Halim membuat kemunculan kali pertama pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC hari ini, selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu. Foto Bernama

BINTANG Selangor FC, Faisal Halim tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika bercakap dalam sidang akhbar di pusat latihan Selangor FC pada Khamis.

Menurut Faisal, dia pernah terfikir untuk berhenti bermain bola sepak dan pulang ke kampung selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, sokongan ramai pihak membuatkannya bersedia untuk bangkit dan kembali beraksi untuk pasukan kelab dan kebangsaan.

"Tetapi Datuk katakan kepada saya janjikan kepada saya, 'Miki saya tahu awak mampu teruskan, saya jamin keselamatan awak dan keluarga awak'.

Iklan

"Sebab itu saya mula semangat kembali bermain bola sepak semula.

"Saya cakap kepada keluarga saya, saya tak kisah hilang gaji berpuluh ribu, saya hanya mahu pulang ke kampung dan hidup tenang serta tidak perlu hidup dalam ketakutan.

Iklan

"Saya sanggup bekerja dengan gaji RM50 sehari asalkan keluarga saya selamat, saya tidak perlu hidup dalam ketakutan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Selangor FC pada Khamis.

Menurutnya, apa yang berlaku kepadanya itu adalah di luar jangkaan dan tidak boleh diterima.

"Apa yang berlaku kepada saya ini memang sesuatu di luar jangkaan, dan saya tidak boleh terima.

"Namun, apa yang membuatkan semangat saya adalah doa orang ramai untuk saya kembali bangkit," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!