HSNI Batu Pahat cari waris mayat tidak dituntut

Iklan
Pihak HSNI meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit yang meninggal dunia (gambar kecil) pada 19 Mei lalu untuk segera menghubungi pihak hospital bagi urusan tuntutan mayat lelaki berkenaan.

BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit yang meninggal dunia pada 19 Mei lalu untuk segera menghubungi pihak hospital bagi urusan tuntutan mayat lelaki berkenaan.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri, lelaki berkenaan dimasukkan ke HSNI pada jam 3.27 petang 15 Mei lalu dan ditempatkan di Wad 6B.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pesakit berkenaan disahkan meninggal dunia pada 19 Mei lalu dan punca kematian dikenal pasti akibat pendarahan dalam otak.

"Sehingga kini, mayat berkenaan masih ditempatkan di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail kerana masih belum ada keluarga atau waris terdekat yang datang menuntut.

Iklan

"Sehubungan itu, pihak hospital meminta keluarga atau waris terdekat supaya menghubungi Unit Perubatan Forensik ditalian 07-4363076 bagi proses pengurusan tuntutan mayat berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan