Giliran Pahang jadi tuan rumah

Iklan
Peserta ceria dan bergambar kenangan selepas tamat bengkel.

JERANTUT - Selepas Terengganu, Pahang menjadi destinasi terakhir untuk Pantai Timur bagi bengkel TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari 2024 yang menyaksikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya di sini menjadi tuan rumah.

Seramai 40 peserta terdiri murid sekolah rendah dan 40 lagi dari sekolah menengah di daerah itu berpeluang meraih pelbagai ilmu dan kemahiran menerusi bengkel sehari tersebut.

Iklan
Iklan

Bermula jam 8.30 pagi, empat peserta yang mewakili setiap sekolah terlibat mendapat bimbingan kru Sinar Bestari dari Shah Alam bagi bengkel terbabit.

Masing-masing teruja dan bersemangat mendapatkan pendedahan khususnya dalam dunia penyiaran selain dapat mencungkil bakat mereka.

Iklan

Editor Eksekutif Lifesytle, Meen Tahrin berkata, pihaknya memuji komitmen peserta yang berusaha mendapatkan ilmu baharu menerusi bengkel itu.

"Walaupun pada peringkat awal, peserta nampak malu-malu tetapi kemudian kita nampak mereka all-out dan berikan yang terbaik dengan suntikan semangat yang diberikan terhadap mereka.

Iklan

"Ini suatu perkembangan yang positif dan selepas ini bengkel akan diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di Seremban pada 26 Jun nanti," katanya lagi.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Mohammad Naharuddin Awang menyempurnakan majlis perasmian penutup bengkel terbabit.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Amien Syirwan Abd Rahman dan guru besar SK Jerantut Jaya, Jamaluddin Baharun.